Sunday, August 9, 2009

KAYAK MASKOM 09 BERMULA

Maskom Langkawi Extreme Challenge 2009

LAPORAN MASKOM LANGKAWI EXTREME CHALLENGE 2009 (MLEC)
TARIKH: 10 – 16 JULAI 2009
TEMPAT: PULAU LANGKAWI KEDAH
PESERTA: 5 ORANG PELAJAR

Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM) sekali lagi menganjurkan program sukan yang melibatkan seluruh kolej komuniti. Tanpa melepaskan peluang kami dari Kolej Komuniti Cawangan Jerai turut mengambil bahagian bagi MLEC. PTSS adalah pasukan jemputan bersama – sama dengan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. Jumlah peserta yang mengambil bahagian adalah seramai 165 org terdiri daripada para pensyarah, pegawai sukan, dan juga pelajar.
Program yang besar ini telah dirasmikan oleh Dato’ Hj. Imran pada 11 julai 2009 bertempat di Pantai Chenang. Para peserta dilepaskan sebanyak 50 kayak double dan 10 kayak single di mana pada 110 orang berkayak serentak.
Peringkat pertama 11 Julai, bermula dari Pantai Chenang ke Pantai Kok dan tamat di Pantai Pasir Tengkorak. Walau bagaimanapun oleh kerana hujan dan ribut kami hanya mampu menamatkan kayuhan di Pantai Kok sahaja. Pada waktu ini juga ada sebahagian berbasikal dari Pantai Chenang ke Pantai Kok yang di ketuai oleh Dato Pengarah sendiri.
Peringkat kedua 12 julai, sepatutnya berkayak dari Pantai Pasir Tengkorak ke Tanjung Rhu tetapi oleh kerana hujan lebat pada hari tersebut penganjur telah menukar dari berkayak ke berbasikal sahaja dari Kolej Komuniti ke Tanjung Rhu. Pada hari tersebut para peserta telah diagihkan kepada 20 keluarga angkat.
Peringkat ketiga 13 Julai, cuaca yang baik membolehkan aktiviti berkayak dapat di laksanakan, selesai upacara pelepasan peserta berkayak dari Tanjung Rhu ke Sungai Kilim dan terus ke Pantai Beringin. Perjalanan hari tersebut memakan masa hampir 9 jam. Malam tersebut para peserta berkhemah di Pantai Beringin.
Peringkat keempat 14 Julai, dari Pantai Beringin menuju ke Pulau Tuba. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sampai di Pulau Tuba paserta sekali lagi diserahkan kepada keluarga angkat.
Peringkat kelima 15 Julai, setelah berlepas dari Pulau Tuba, para peserta berkayak menuju ke tempat penamat iaitu Pantai Chenang. Peserta berhenti makan dan rehat di Pantai Awana Porto Malai. Kemudian meneruskan kayuhan terakhir dan lebih kurang pukul 3 petang semua peserta berjaya sampai di tempat penamat.
Majlis penutup diadakan di Kolej Komuniti Langkawi, dan acara penyerahan hadiah kepada peserta dan juga ucapan penutup. Rata – rata berpuas hati dengan penganjuran MLEC 2009 ini.